Friday, October 14, 2005

SUBHANALLAH - GERHANA BULAN

Dear readers, I juz received this Email from frenz stories in malay word..

Segala perancangan dilangit dan dibumi adalah di dalam genggaman ALLAH SWT.
Maka bersedialah kita bertakarrub dan sentiasa mendekatikan diri kita
kepada Allah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang amat mulia ini.

Saya berpesan kepada diri saya dan keluarga serta sahabat-sahabat sekelian,
jauhkanlah diri dan hati kita daripada sifat sombong, bongkak, pra sangka
buruk kepada sahabat, tidak menghargai pandangan orang lain, dengki dan
sifat-sifat mazmumah yang lain. Penuhi amal kita dengan sifat-sifat
mahmudah.

Saudaraku,

Untuk makluman semua, saya telah dihubungi oleh Ustaz Hanafiah Ab Razak,
Pegawai Mufti, Jabatan Mufti Johor pada 10 Okt 2005 jam 10.05 pagi ini dan
menyampaikan mesej Gerhana Bulan akan berlaku pada tarikh dan masa seperti
berikut:

TARIKH : 13 RAMADHAN 1426 HIJRAH
17 OKTOBER 2005 (ISNIN)

MASA BERLAKU : 8.05 MALAM HINGGA 8.25 MALAM

KEADAAN GERHANA : BULAN DILIHAT DALAM KEADAAN SOMPEK

Beliau meminta saya menyampaikan mesej ini kepada semua anggota supaya
membuat persediaan awal berhubung gerhana bulan tersebut. Di antara
persediaan awal ialah menyeru kepada seluruh umat Islam mengerjakan Solat
Gerhana Bulan pada malam tersebut serta diikuti dengan Khutbah Gerhana.

Mesej "sompek" yang difokuskan oleh beliau, tidak dapat digambarkan, hanya
Allah yang mengetahui. Maka beliau mengingatkan kepada kita, "sesungguhnya
berhati-hati dalam segala amalan kita dan ikhlaskan diri dalam beribadat
serta taatilah sepenuhnya suruhan Allah dan jauhi laranganNya".

Sehubungan dengan itu, kejarlah masa tersebut di mana-mana surau atau
masjid untuk bersama-sama mengerjakan solat gerhana bulan sebelum Solat
terawih dimulakan. Insyaalah, saya di Surau Al-Taufiqiyah Taman Mewah Kulai
akan mengerjakan solat tersebut berserta Khutbah Gerhana. Kepada semua
sahabat-sahabat yang berkelapangan masa, dialu-alukan bersama-sama di
majlis tersebut.


Sekian, Wabillahi Hidayah Wal Taufiq Wassalam WBT.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home